Saturday, 16 January 2016

Kuasa Vs Darjat.

Hehemmm...kali nie En.Kechik just nak share berkenaan dengan apa itu Kuasa dan Darjat..hehhe..mcm gempakk jee kan statement. Tapi sebenarnya gimik je tuu..nak kasik org baca entry aq kali nie..hehe..okehh, so lets move..

Pernah tak korang pergi mana2, then korang x tahu direction, korang tumpang tanya pada seorang abam Polis yg tgh duty time tu..then dia dengan nada yg agak sombong dan memerli sambil berkata ' ke kanan cik, ada signboard tu kan, tengok je signboard tu, x sesat aihh '...perrghhhhh menyirap darah aq..( macam mana nk tgk signboard, sedangkan satu signboard pon xde kt situ time tu..tu situasi 1. For 2nd situation plak, korg tgh bekerja di kaunter Khidmat Pelanggan, then ada sekumpulan anggota nie, request something, but kita bagitau dia yg benda tu x ada. Actually benda tu ada, tapi kita terpaksa cakap x ada, sebab item tu, adalah Controlled Item yang mana tak semua orang kita boleh kasik. Tak kan nk explain kt setiap customer yg datang one-by-one.  Then dgn nada selamba dia cakap, x kasik xpe,.nanti saya ambik sendirik kat Stor awak. Perrghhhh, enak aja sih lu. Thats mean dia dah ceroboh stor kitorang without permission.

Actually kan, isshhhhh berapa banyak actually laa aq nie, haha maaf la aq cakap, yg Anggota Polis nie memang dah di ajar untuk sombong dan angkuh dengan public ke waktu korang kat PULAPOL dulu? Wahai abam2 Polis yang kami kasihi sekalian, kami puji kerjaya dan tugasan anda. Tanpa ada mungkin tak ada keamanan. Tapi tolong laaa, tolongglaa jangan ego. Jangan sombong walaupun anda diberi mandat dan sedikit kelebihan berbanding kami rakyat biasa. Tapi aq nk ingatkan x semua yer anggota mcm nie ( nanti kena bahan plak aq )..haha

Monday, 5 September 2011

Seterusnya aku dan keluarga berpindah semula ke Nibong Tebal Pulau Pinang kerana ayah aku terpaksa bertukar cawangan tempat kerjanya.Dengan keputusan UPSR aku yang pada masa itu kurang memberangsangkan aku hanya menyambung pengajian menengah rendahku di SMK Taman Widuri,sebuah sekolah yang pada masa itu boleh dianggap popular di dalam daerah Seberang Perai Selatan.

Inilah sekolah pertama aku.Selama 3 tahun aku disini juga selepas PMR juga keputusan aku juga agak kurang memberangsangkan aku pun meneruskan pengajian menengah atas aku di Sekolah Menengah Teknik Seberang Perai di Bukit Mertajam Pulau Pinang dalam jurusan Kejuruteraan Awam.
 
    Ini lah sekolah aku yang seterusnya.Selepas sahaja tamat pengajian aku disini dan selepas SPM aku melanjutkan pengajian ku ke tempat yang dinamakan neraka dunia iaitu ke KMPP atau lebih dikenali dengan nama Kolej Matrikulasi Pulau Pinang atau lebih glamor lagi Kolej Matrikulasi Paling Popular di Pongsu Seribu Pulau Pinang.

  Inilah sebahagian bangunan KMPP yang tersergam indah.

 Seterusnya setelah tidak berapa lama aku disitu aku melanjutkan pengajian ku ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjong Malim setelah rayuan UPU ku berjaya.

  

Inilah sebahagian blok Bangunan Canselori UPSI.So kemana pula aku selepas ini.