Monday, 5 September 2011

Seterusnya aku dan keluarga berpindah semula ke Nibong Tebal Pulau Pinang kerana ayah aku terpaksa bertukar cawangan tempat kerjanya.Dengan keputusan UPSR aku yang pada masa itu kurang memberangsangkan aku hanya menyambung pengajian menengah rendahku di SMK Taman Widuri,sebuah sekolah yang pada masa itu boleh dianggap popular di dalam daerah Seberang Perai Selatan.

Inilah sekolah pertama aku.Selama 3 tahun aku disini juga selepas PMR juga keputusan aku juga agak kurang memberangsangkan aku pun meneruskan pengajian menengah atas aku di Sekolah Menengah Teknik Seberang Perai di Bukit Mertajam Pulau Pinang dalam jurusan Kejuruteraan Awam.
 
    Ini lah sekolah aku yang seterusnya.Selepas sahaja tamat pengajian aku disini dan selepas SPM aku melanjutkan pengajian ku ke tempat yang dinamakan neraka dunia iaitu ke KMPP atau lebih dikenali dengan nama Kolej Matrikulasi Pulau Pinang atau lebih glamor lagi Kolej Matrikulasi Paling Popular di Pongsu Seribu Pulau Pinang.

  Inilah sebahagian bangunan KMPP yang tersergam indah.

 Seterusnya setelah tidak berapa lama aku disitu aku melanjutkan pengajian ku ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjong Malim setelah rayuan UPU ku berjaya.

  

Inilah sebahagian blok Bangunan Canselori UPSI.So kemana pula aku selepas ini.

No comments:

Post a Comment