Monday, 15 August 2011

SLOT SELAYANG PANDANG

KERJAYA-KERJAYA DI BIDANG KRITIKAL NEGARA

Dalam mengejar status negara maju masa kini,Malaysia sedang berusaha mengorak langkah ke arah yang lebih bagus.Tetapi sayangnya terdapat juga beberapa bidang yang pekerjaan yang di anggap beberapa bidang kritikal negara.Antara bidang tersebut ialah:

  • Bioteknologi
  • Perubatan
  • Kejuruteraan
  • Farmasi
Tetapi tidak bermakna bidang-bidang yang tidak di senaraikan di atas tidak penting.Tetapi bidang-bidang di pasaran yang tidak disenaraikan di atas telah terlalu banyak di pasaran.


KERJAYA DI BIDANG BIOTEKNOLOGI

Bioteknologi merupakan salah satu daripada teknologi yang diberi penekanan dalam pembangunan negara dewasa ini. Kemajuan dalam kejuruteraan genetik telah mencetus perkembangan bioteknologi di negara-negara maju. Kefahaman yang kukuh mengenai proses hidup peringkat gen mampu memberi sumbangan yang bererti kepada penyelidikan dan pembangunan bioteknologi di negara  ini Apakah bioteknologi? Bioteknologi adalah bidang yang berkaitan dengan kegunaan mikrob, sel haiwan atau tumbuh-­tumbuhan atau enzim untuk mensintesis, memecah atau mentransformasikan bahan. Hal ini memerlukan integrasi biokimia, biologi, mikrobiologi, kejuruteraan kimia dan kejuruteraan proses. Dengan kata lain, bioteknologi adalah penggunaan organisma hidup, komponen dan hasilannya untuk meningkatkan kualiti kesihatan dan persekitaran manusia.
Bioteknologi dianggap sebagai julat teknologi serba boleh yang dapat diterapkan dalam pelbagai sektor industri. Antara disiplin semula jadi dalam bioteknologi ialah genetik, biokimia, kimia, sains pemakanan, kejuruteraan teknologi makanan, kejuruteraan makanan, kejuruteraan kimia, kejuruteraan biokimia, elektronik dan mikrobiologi.
Sebenarnya, bidang bioteknologi bukanlah suatu perkara yang baru. Ia telah terbentuk sejak beribu-ribu tahun dahulu dan teknologi ini semakin dimajukan mengikut per­kembangan semasa.
Pada zaman dahulu, aktiviti-aktiviti yang melibatkan bioteknologi meliputi proses tradisional seperti membuat roti, wain, keju. Malah penghasilan makanan tempatan seperti kicap dan tempe juga melibatkan bioteknologi.
Bidang ini semakin diberi perhatian serta dimajukan melalui penelitian dan analisis saintifik yang rapi. Bidang bioteknologi kini terlibat dalam bidang kejuruteraan genetik, enzim, makanan dan minuman, perubatan, pertanian, perhutanan dan persekitaran manusia.
Misalnya di dalam bidang kesihatan misalnya, bio­teknologi digunakan untuk menghasilkan antibiotik, hormon dan vaksin. Kegunaan bioteknologi dalam bidang pertanian termasuk pengawalan serangan serangga menggunakan mikrob, pembiakan genetik tumbuhan dan pembentukan haiwan untuk meningkatkan tumbesaran.
Bidang industri makanan dan minuman atau pengeluaran bahan bakar dan kimia pula melalui proses teknologi fermentasi. Sementara bioteknologi alam sekitar melibatkan sistem rawatan dan biodegradasi bahan kimia toksik. Bersesuaian dengan kedudukan Malaysia di dalam kawasan Tropika yang kaya dengan sumber ash yang bernilai, cara terbaik untuk memanfaatkan sumber ini ialah dengan menggunakan bioteknologi.
Memandangkan bidang ini semakin penting dan mendapat perhatian banyak pihak, kerjaya ini mempunyai potensi yang cukup baik. Lulusan di bidang ini boleh berkhidmat sama ada di sektor kerajaan atau swasta terutama bagi mereka yang bergiat cergas di dalam penyelidikan dan industri berasaskan bioteknologi. Anda boleh berkhidmat di bidang kesihatan, perubatan, pertanian, makanan dan minuman, alam sekitar dan persekitaran manusia yang berkaitan bioteknologi. Malah lulusan ini boleh menjadi pensyarah di universiti atau institusi pengajian tinggi.

CIRI-CIRI PERIBADI YANG DIPERLUKAN

i)                Minat yang mendalam
(ii)      Mempunyai latar belakang sains
(iii)     Mempunyai minat di dalam melakukan penyelidikan
          (iv)     Boleh melakukan kerja-kerja penyelidikan dalam tempoh yang lama
(v)      Sanggup melakukan penyelidikan dan penelitian di makmal
(vi)     Mempunyai kreativiti
(vii)    Rajin membaca dan melakukan rujukan
(viii)   Mempunyai kemahiran menganahisis


SYARAT MENCEBURI BIDANG INI
         
Sekiranya anda berminat memilih bidang ini sebagai kerjaya, anda perlu lulus sekurang-kurangnya ijazah sarjana muda sama ada dan universiti tempatan atau luar negara yang diiktiraf.

TEMPAT MELANJUTKAN PENGAJIAN

Oleh kerana bidang ini berpotensi untuk maju, beberapa universiti tempatan menawarkan program ini di peringkat sar­jana muda. Universiti itu ialah Universifi Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS).  Sementara itu banyak universiti luar negara seperti di Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, Kanada dan di Jepun menawarkan bidang
Semasa pengajian anda akan mempelajari beberapa disiplin berkaitan termasuk biokimia, mikrobiologi, genetik dan biologi perkembangan. Anda juga akan didedahkan dengan teknologi baru seperti pemprofilan DNA genom, teknologi DNA rekombinan, teknologi hibridoma, kultur tisu dan sel, kejuruteraan protein, teknologi enzim, bioteknologi tumbuhan dan haiwan di samping teknik-teknik penyehi­dikan terkini dalam biologi molekul.

SYARAT MELANJUTKAN PENGAJIAN


Terdapat beberapa cara untuk anda melanjutkan pengajian di bidang bioteknologi di universiti tempatan atau luar negara:

Cara pertama: Matrikulasi/asasi sains ditawarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Syarat yang diperlukan ialah calon perlu lulus pangkat satu atau dua SPM/SPMV serta mendapat kepujian bahasa Melayu dan matematik. Selain itu, anda perlu lulus kepujian dalam empat mata pelajaran termasuk sekurang-kurangnya dua mata pelajaran sains. Tempoh pengajian ialah selama satu setengah tahun selepas menamatkan pengajian di peringkat ijazah pertama untuk tempoh tiga tahun.

Cara kedua: Rancangan Persediaan Khas (Jepun) tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ini dijalankan di Universiti Malaya (UM) dan mengambil masa setahun. Syaratnya ialah anda perlu lulus SPM/SPMV serta mendapat tidak kurang empat kepujian dalam mata pelajaran sains/ teknik. Selepas menamatkan program ini, anda akan melanjutkan pengajian di beberapa universiti terkemuka di Jepun di bidang bioteknologi selama empat tahun.

Cara ketiga: Universiti-universiti tempatan juga mengambil calon dan lepasan STPM ahiran sains/setaraf. Anda perlu lulus STPM serta mendapat prinsipal E dalam pengajian am.  Selain itu anda perlu mendapat tidak kurang dua prinsipal termasuk gred E dalam biologi. Calon yang ditawarkan akan terus ke peringkat saijana muda.

Cara keempat: Bagi calon yang berkelulusan diploma di bidang berkaitan juga boleh melanjutkan pengajian di peringkat saijana muda di universiti tempatan. Diploma yang dimaksudkan ialah Diploma Sains, Diploma Mikrobiologi dan Diploma Teknologi Makanan.

                                                           

KERJAYA DI BIDANG FARMASEUTIKAL

                                                      
Peranan ahli farmasi lebih tertumpu kepada terapi ubatan iaitu memastikan ubat diberikan kepada pesakit dan orang ramai selamat, berkesan dan berkualiti serta memberi maklumat seperti kebaikan dan kesan sampingannya.

Mereka bertanggungjawab melindungi pesakit daripada ubat merbahaya, iklan ubat memperdayakan dan amalan perubatan yang salah menerusi penguatkuasaan akta dan peraturan berkaitan.

Ahli farmasi juga bertanggungjawab mengenalpasti masalah pengambilan ubat pesakit dan cuba sedaya upaya mencari jalan penyelesaian kepada kesan sampingan dihadapi seperti alahan.

Ketua Jabatan merangkap Pengurus Farmasi Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Faridah Md Yusof, berkata antara rutin ahli farmasi adalah memberi kaunseling mengenai ubat kepada pesakit dengan menjelaskan cara pengambilan ubat yang betul, memaklumkan kesan sampingan mungkin dialami, cara penyimpanan ubat serta makanan perlu dielak apabila mengambil sesetengah ubat.

Ahli farmasi yang berkhidmat di hospital, katanya, akan turut ditempatkan di wad untuk menjalankan aktiviti farmasi klinikal termasuk memantau pengambilan ubat pesakit seperti menyaring ketepatan dos, ubat yang betul dan kekerapan pengambilan ubat yang sewajarnya.
“Mereka juga akan mendapatkan maklumat sejarah pengambilan ubat pesakit bagi memastikan tiada alahan dan memastikan pesakit tidak mencampur adukkan pengambilan ubat tradisional dengan ubat hospital kerana ia boleh mendatangkan kesan sampingan.

“Kini, aktiviti ahli farmasi juga kian berkembang apabila turut memberi perkhidmatan ‘Medication Therapy Adherence Clinic’ iaitu memberi kaunseling kepada pesakit sebelum mereka berjumpa pakar atau pegawai perubatan bagi memastikan tahap pematuhan pesakit terhadap ubat diambil,” katanya.

Faridah berkata antara tugas lain dijalankan ahli farmasi di hospital adalah membuat pembelian ubat, memastikan pesakit diberikan ubat yang betul serta memastikan proses pemberian ubat berjalan lancar iaitu masa menunggu maksimum 20 minit mengikut saranan Kementerian Kesihatan.

Beliau berkata antara cabaran dihadapi ahli farmasi kini adalah melaksanakan sepenuhnya Kempen Kenali Ubat Anda iaitu memastikan pesakit mengetahui nama ubat serta mengamalkan cara pengambilan betul termasuk dos, masa dan ubat yang betul.

“Ahli farmasi juga perlu memainkan peranan bagi meningkatkan kesedaran pengguna agar hanya mengambil ubat dari sumber boleh dipercayai seperti pegawai perubatan, klinik dan farmasi serta menghindari ubat dijual di kaki lima atau kedai runcit,” katanya.

Katanya, peluang pekerjaan ahli farmasi bukan saja di hospital, malah boleh berkhidmat di farmasi komuniti pusat beli belah, pensyarah, pengurus produk di syarikat farmaseutikal, pegawai penguat kuasa Kementerian Kesihatan serta pegawai penyelidik.

“Potensi kerjaya sebagai ahli farmasi adalah cerah kerana kerajaan kini dalam usaha mengurangkan nisbah penduduk kepada ahli farmasi daripada 1:4,335 kepada 1:2000. 

KERJAYA DI BIDANG KEJURUTERAAN

                                                     



1.0    Tugas seorang Jurutera

Salah satu bidang profesional yang popular tetapi masih kurang dari segi sumber manusia ialah kejuruteraan. Perkembangan pesat dalam sektor industri di negara ini meningkatkan lagi permintaan terhadap profesion ini. Sektor awam juga memerlukan jurutera dalam pelbagai bidang.

             Apa itu kejuruteraan? Kejuruteraan secara umumnya ialah penggunaan pengetahuan sains dan matematik untuk menyelesaikan masalah-masalah praktikal. Pengetahuan-pengetahuan ini digabungkan dengan pengalaman yang dipraktikkan sebaik-baiknya dengan menggunakan bahan­-bahan dan sumber semula jadi.

Jurutera ialah orang yang terlatih dalam merekacipta, membuat dan menggunakan (menjaga) jentera atau terlatih dalam mana-mana cabang kejuruteraan seperti jurutera awam, elektrik dan kapal terbang. Seseorang jurutera perlu menitikberatkan inovasi mengenai komposisi sesuatu produk dan struktur, mengubah idea-idea baru kepada realiti, menyelesaikan masalah-masalah kemahuan dan kehendak manusia, memperbaiki kaedah-kaedah yang sedia ada dan merintis kaedah-kaedah baru dengan menekankan pengetahuan saintifik, kebolehan dan kepandaian yang kreatif.

2.0    Jenis-jenis kerjaya dalam bidang kejuruteraan.

Pelbagai pengkhususan dibidang kejuruteraan di­tawarkan oleh univensiti/institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara.  Antara pengkhususan itu ialah kejuruteraan awam, elektrik, elektronik dan sistem, kimia, proses, sumber asli, mekanikal, bahan, komputer, kajiterbang, pembuatan, telekomunikasi dan pertanian.










KERJAYA SEBAGAI SEORANG DOKTOR PERUBATAN

  TEMPAT UNTUK MELANJUTKAN PENGAJIAN

Beberapa universiti tempatan ada menawarkan kursus per­ubatan di peringkat ijazah pertama. Universiti-universiti itu ialah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Terdapat beberapa kolej dan universiti swasta ter­masuk Universiti Perubatan Antarabangsa yang menawarkan kursus ini. Kursus ini juga boleh diikuti di universiti-­universiti luar negara seperti di United Kingdom, Kanada, Australia, New Zealand dan Indonesia.

SYARAT YANG DIPERLUKAN UNTUK MELANJUT­KAN PENGAJIAN
Terdapat dua cara untuk melanjutkan pengajian ke program perubatan di universiti-universiti tempatan awam dan swasta:

Cara pertama: Pelajar perlu lulus cemerlang dalam pepe­riksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) aliran sains dengan kepujian dalam bahasa Melayu dan mata pelajaran sains lain. Mereka akan ditawarkan ke program matrikulasi atau asasi sains selama satu hingga dua tahun. Selepas menamatkan pengajian pelajar akan dipilih mengikuti program perubatan berdasarkan pencapaian mereka di peringkat matrikulasi/asasi sains. Mulai sesi pengajian 2000/2001 semua program matrikulasi/asasi sains akan diuruskan sepenuhnya oleh Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Cara kedua: Pelajar akan ditawarkan terus ke peringkat ijazah pertama. Pelajar perlu lulus
SPM (aliran sains) dengart kepujian dalam bahasa Melayu serta lulus peperiksaan
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan lulus mata pelajaran biologi dan kimia dan matematik. Mereka yang memiliki Diploma Sains daripada IPT tempatan yang diiktiraf juga boleh memohon.
   Kursus perubatan yang dilaksanakan di universit-i­universiti tempatan selama 5 tahun.
Sepanjang tempoh itu, para pelajar akan diajar dengan kursus-kursus perubatan yang
meliputi peringkat praklinikal dan klinikal. Para pelajar akan didedahkan dengan
pengajian yang meliputi bidang anatomi, patologi kimia, fisiologi, mikrobiologi, histologi
dan farmakologi. Ini  diikuti dengan program kajian komuniti dan kes keluarga dengan
menekankan kepada perubatan masyarakat. Pelajar juga diajar tentang ilmu perubatan,
pembedahan, obstetrik dan ginekologi, pediatrik, ortopedik telinga, hidung dan tekak.
Kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) turut menghantar pelajar ke luar negara seperti di United Kingdom. Syaratnya ialah calon perlu lulus SPM pangkat satu dengan mendapat kepujian bahasa Inggeris. Calon juga perlu lulus tidak melebihi enam agregat dalam gabungan mata pelajaran fizik, matematik tambahan, kimia dan biologi.

LATIHAN KEPAKARAN DI BIDANG PERUBATAN

Negara masih kekurangan pakar-pakar perubatan surgeri dalam berbagai-bagai
pengkhususan di negara ini. Latihan kepakarari boleh diikuti di institusi-institusi
pengajian tinggi tempatan seperti UKM, UM dan USM serta institusi luar negara.
   Universiti tempatan mengadakan beberapa kursus peringkat sarjana bagi pegawai-
pegawai perubatan untuk memperoleh taraf kepakaran. Di antara kursus-kursus
yang ditawarkan ialah Sarjana Obstetrik dan Ginekologi; Patologi Perubatan;
Anestesiologi; Radiologi; Psikiatri; Pediatrik; Penyakit Dalaman; Surgeri Am;
Surgeri Ortopedik; Surgeri  Oftalmologi dan Kesihatan Masyarakat. Jangka masa
kursu­s-kursus tersebut adalah selama tiga hingga empat tahun. Pemegang Ijazah tersebut layak didaftar dan diwartakan sebagai pakar.

FAKTA UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Pintu utama USM   Universiti Sains Malaysia (USM) merupakan sebuah universiti awam di Malaysia, Kampus utamanya terletak di Minden,Pulau Pinang. Terdapat dua kampus lain iaitu Kampus Kejuruteraan di Transkrian dan Kampus Kesihatan di Kubang Kerian, Kelantan.USM mempunyai jumlah pelajar sekitar 29,789 orang pada 2006. Ini menjadikannya ia sebuah universiti terbesar di Malaysia dari segi bilangan pelajar.
Universiti Sains Malaysia merupakan salah sebuah daripada empat universiti yang bertaraf universiti penyelidikan intensif di Malaysia. Ini jelas mencapai misi dan visinya menjadi universiti bertaraf dunia melalui program penyelidikan bertaraf dunia dengan perancangan dan pelaksanaan aktiviti R&D. Universiti ini mendapat sokongan daripada kakitangan akademik dan sumber manusia yang cemerlang untuk menjayakan misinya. Pada 2006, USM mempunyai kira-kira 30,000 pelajar termasuk 7,000 orang bertaraf pascasiswazah. Jumlah pensyarah seramai 1,600 orang. Ini bererti nisbah pensyarah-pelajar ialah 1:23.
Pada 2008, USM telah dinaikkan taraf ke Universiti APEX yang menjadi peneraju utama ke arah kecemerlangan pendidikan di Malaysia.