Monday 15 August 2011

KERJAYA DI BIDANG BIOTEKNOLOGI

Bioteknologi merupakan salah satu daripada teknologi yang diberi penekanan dalam pembangunan negara dewasa ini. Kemajuan dalam kejuruteraan genetik telah mencetus perkembangan bioteknologi di negara-negara maju. Kefahaman yang kukuh mengenai proses hidup peringkat gen mampu memberi sumbangan yang bererti kepada penyelidikan dan pembangunan bioteknologi di negara  ini Apakah bioteknologi? Bioteknologi adalah bidang yang berkaitan dengan kegunaan mikrob, sel haiwan atau tumbuh-­tumbuhan atau enzim untuk mensintesis, memecah atau mentransformasikan bahan. Hal ini memerlukan integrasi biokimia, biologi, mikrobiologi, kejuruteraan kimia dan kejuruteraan proses. Dengan kata lain, bioteknologi adalah penggunaan organisma hidup, komponen dan hasilannya untuk meningkatkan kualiti kesihatan dan persekitaran manusia.
Bioteknologi dianggap sebagai julat teknologi serba boleh yang dapat diterapkan dalam pelbagai sektor industri. Antara disiplin semula jadi dalam bioteknologi ialah genetik, biokimia, kimia, sains pemakanan, kejuruteraan teknologi makanan, kejuruteraan makanan, kejuruteraan kimia, kejuruteraan biokimia, elektronik dan mikrobiologi.
Sebenarnya, bidang bioteknologi bukanlah suatu perkara yang baru. Ia telah terbentuk sejak beribu-ribu tahun dahulu dan teknologi ini semakin dimajukan mengikut per­kembangan semasa.
Pada zaman dahulu, aktiviti-aktiviti yang melibatkan bioteknologi meliputi proses tradisional seperti membuat roti, wain, keju. Malah penghasilan makanan tempatan seperti kicap dan tempe juga melibatkan bioteknologi.
Bidang ini semakin diberi perhatian serta dimajukan melalui penelitian dan analisis saintifik yang rapi. Bidang bioteknologi kini terlibat dalam bidang kejuruteraan genetik, enzim, makanan dan minuman, perubatan, pertanian, perhutanan dan persekitaran manusia.
Misalnya di dalam bidang kesihatan misalnya, bio­teknologi digunakan untuk menghasilkan antibiotik, hormon dan vaksin. Kegunaan bioteknologi dalam bidang pertanian termasuk pengawalan serangan serangga menggunakan mikrob, pembiakan genetik tumbuhan dan pembentukan haiwan untuk meningkatkan tumbesaran.
Bidang industri makanan dan minuman atau pengeluaran bahan bakar dan kimia pula melalui proses teknologi fermentasi. Sementara bioteknologi alam sekitar melibatkan sistem rawatan dan biodegradasi bahan kimia toksik. Bersesuaian dengan kedudukan Malaysia di dalam kawasan Tropika yang kaya dengan sumber ash yang bernilai, cara terbaik untuk memanfaatkan sumber ini ialah dengan menggunakan bioteknologi.
Memandangkan bidang ini semakin penting dan mendapat perhatian banyak pihak, kerjaya ini mempunyai potensi yang cukup baik. Lulusan di bidang ini boleh berkhidmat sama ada di sektor kerajaan atau swasta terutama bagi mereka yang bergiat cergas di dalam penyelidikan dan industri berasaskan bioteknologi. Anda boleh berkhidmat di bidang kesihatan, perubatan, pertanian, makanan dan minuman, alam sekitar dan persekitaran manusia yang berkaitan bioteknologi. Malah lulusan ini boleh menjadi pensyarah di universiti atau institusi pengajian tinggi.

CIRI-CIRI PERIBADI YANG DIPERLUKAN

i)                Minat yang mendalam
(ii)      Mempunyai latar belakang sains
(iii)     Mempunyai minat di dalam melakukan penyelidikan
          (iv)     Boleh melakukan kerja-kerja penyelidikan dalam tempoh yang lama
(v)      Sanggup melakukan penyelidikan dan penelitian di makmal
(vi)     Mempunyai kreativiti
(vii)    Rajin membaca dan melakukan rujukan
(viii)   Mempunyai kemahiran menganahisis


SYARAT MENCEBURI BIDANG INI
         
Sekiranya anda berminat memilih bidang ini sebagai kerjaya, anda perlu lulus sekurang-kurangnya ijazah sarjana muda sama ada dan universiti tempatan atau luar negara yang diiktiraf.

TEMPAT MELANJUTKAN PENGAJIAN

Oleh kerana bidang ini berpotensi untuk maju, beberapa universiti tempatan menawarkan program ini di peringkat sar­jana muda. Universiti itu ialah Universifi Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS).  Sementara itu banyak universiti luar negara seperti di Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, Kanada dan di Jepun menawarkan bidang
Semasa pengajian anda akan mempelajari beberapa disiplin berkaitan termasuk biokimia, mikrobiologi, genetik dan biologi perkembangan. Anda juga akan didedahkan dengan teknologi baru seperti pemprofilan DNA genom, teknologi DNA rekombinan, teknologi hibridoma, kultur tisu dan sel, kejuruteraan protein, teknologi enzim, bioteknologi tumbuhan dan haiwan di samping teknik-teknik penyehi­dikan terkini dalam biologi molekul.

SYARAT MELANJUTKAN PENGAJIAN


Terdapat beberapa cara untuk anda melanjutkan pengajian di bidang bioteknologi di universiti tempatan atau luar negara:

Cara pertama: Matrikulasi/asasi sains ditawarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Syarat yang diperlukan ialah calon perlu lulus pangkat satu atau dua SPM/SPMV serta mendapat kepujian bahasa Melayu dan matematik. Selain itu, anda perlu lulus kepujian dalam empat mata pelajaran termasuk sekurang-kurangnya dua mata pelajaran sains. Tempoh pengajian ialah selama satu setengah tahun selepas menamatkan pengajian di peringkat ijazah pertama untuk tempoh tiga tahun.

Cara kedua: Rancangan Persediaan Khas (Jepun) tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ini dijalankan di Universiti Malaya (UM) dan mengambil masa setahun. Syaratnya ialah anda perlu lulus SPM/SPMV serta mendapat tidak kurang empat kepujian dalam mata pelajaran sains/ teknik. Selepas menamatkan program ini, anda akan melanjutkan pengajian di beberapa universiti terkemuka di Jepun di bidang bioteknologi selama empat tahun.

Cara ketiga: Universiti-universiti tempatan juga mengambil calon dan lepasan STPM ahiran sains/setaraf. Anda perlu lulus STPM serta mendapat prinsipal E dalam pengajian am.  Selain itu anda perlu mendapat tidak kurang dua prinsipal termasuk gred E dalam biologi. Calon yang ditawarkan akan terus ke peringkat saijana muda.

Cara keempat: Bagi calon yang berkelulusan diploma di bidang berkaitan juga boleh melanjutkan pengajian di peringkat saijana muda di universiti tempatan. Diploma yang dimaksudkan ialah Diploma Sains, Diploma Mikrobiologi dan Diploma Teknologi Makanan.

                                                           

14 comments:

  1. assalamualaikum saya nak bertanya bahawa saya amat berminat untuk menjadi seorang microbiologist...jadi bolehkah saya memasuki bidang bioteknologi ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak saya mau hampir satu tahun lepasan ijazah bioteknologi ni tapi amat susah mendapat pekerjaan..saya harap anda boleh membantu ? kemana haru dituju...memohon spa pun skerg dah pembekuan kerja..tkasih

      Delete
    2. anak saya mau hampir satu tahun lepasan ijazah bioteknologi ni tapi amat susah mendapat pekerjaan..saya harap anda boleh membantu ? kemana haru dituju...memohon spa pun skerg dah pembekuan kerja..tkasih

      Delete
    3. assalamualaikum saya nk bertanya....kalau pelajar dalam jurusan diploma bioteknologi industri....bolehkah jika dia ingin menceburi bidang virologi

      Delete
  2. assalamualaikum saya nk bertanya....kalau pelajar dalam jurusan diploma bioteknologi industri....bolehkah jika dia ingin menceburi bidang virologi....atau bolehkah dia mngambil ijazah chemical engineering?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam..maaf kerana terlewat..boleh utk ke bidang virologi, tapi chemical x pasti..virologi pon salah satu bidang yg agak complex...btw congrats sbb nk join course tuu..x bnyak yg sudi ambk..hheeh

      Delete
  3. waalaikumsalam dan assalamualaikum..sy mempunyai kekosongan jawatan dlm sebuah sykt yg memerlukan pelajar lepasan diploma bioteknologi atau diploma teknologi makanan...sila hubungi saya segera..anyza.azman@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih ada kerja kosong ke, kalau ada di manaU

      Delete
  4. Kalau asasi sains hayat boleh ke masuk ijazah bioteknolgi?

    ReplyDelete
  5. slmt sejahtera.tawaran jepun kt um tu masih ade lagi ke?

    ReplyDelete
  6. Mak cik saya merupakan graduan ijazah bioteknologi tetapi amat sukar untuk beliau mendapatkan pekerjaan.Beliau pernah menganggur lebih daripada 2 tahun dan sekarang hanya bekerja sebagai seorang kerani.Mak cik saya juga pernah menghadiri beberapa temuduga tetapi gagal kerana beliau mempunyai kelayakan yang lebih tinggi daripada pekerjaan yang ditawarkan.....saya harap anda boleh membantu....

    ReplyDelete
  7. Selalunya bdg ni pack tak masa blajar dan sng tak bdg ni utk dcatch up..apa pkara asas y plu dblajar sblm ambil bdg ni.

    ReplyDelete
  8. Boleh ke nak kerja sebagai ahli farmasi nanti

    ReplyDelete