Monday 15 August 2011

PROSPEKTUS UNIVERSITI OXFORD

                                                                           Logo of the University of Oxford


Universiti Oxford yang terletak di bandaraya Oxford,England ialah universiti yang tertua di dalam dunia pertuturan bahasa inggeris.Universiti ini menyusur-galur asalnya pada sekurang-kurang akhir abad ke-11 walaupun tarikh pengasasan yang tepat masih tidak jelas. Pentarikhan ini menyebabkan tempoh kewujudannya sama sahaja dengan Akademi Plato (400 an-SM hingga 500 an-Masihi).
Menurut legenda selepas sebuah rusuhan antara pelajar-pelajar dengan orang-orang bandar tercetus pada tahun 1209, sesetengah pensyarah dari University of Oxford melarikan diri ke bandar Cambridge di arah timur laut dan mengasaskan Universiti Cambridge.Sejak masa itu, kedua-dua universiti ini telah mempunyai sejarah persaingan yang lama antara satu sama lain, dan merupakan universiti-universiti yang paling susah masuk di United Kingdom (sila lihat Persaingan Oxbridge).
Universiti Oxford ialah salah satu ahli:
  • Kumpulan Russels Universiti British yang dipimpin oleh penyelidikan;
  • Kumpulan Coimbra satu rangkaian universiti Eropah yang terkemuka;
  • Liga Universiti Penyelidikan Eropah dan
  • ahli utama Europaeum.
Universiti Oxford mendapat tempat keempat dalam edisi Pemeringkatan Tinggi Universiti Dunia yang terkini (2005).

No comments:

Post a Comment